19 Januari 2010

PUISI YANG TIDAK PERNAH HABIS

Entah berapa kali agaknya kunyatakan kasihku padamu
Tidak dapat kukira dengan angka berapa
ribu kali kunyatakan
Kerana yang kutahu aku mengasihimu
Kerana yang boleh kukatakan bahawa aku sentiasa rindu
Yang aku tahu hanya kau disisiku
Yang aku tahu juga kau menyayangiku

Sebenarnya sayang, aku tak perlu risau kesetiaanmu padaku
Dan kau juga tak perlu risau akan kesetiaanku padamu
Malah dialamaya ini, aku hanya ada kau disampingku
Dan kau hanya ada aku disampingmu

Aku kadang-kadang mahu sahaja
membawa kau dalam hidup alamnyataku
Tapi sebagaimana janji kita
Biarlah kita terus bersama dialamaya ini
Alam yang menjanjikan keindahan
Alam yang mempastikan kemanjaan antara kita
Alam penuh yakin untuk kita terus berkasihsayang

Seperti janjiku kepadamu
Akan kutulis warkah cintaku sentiasa untukmu
Akan kukarang puisi cintaku untukmu sayang
Akan kupastikan bahawa kebahagian kita kekal disini
Layara Impian Tautan Kasih.

PANTUN UNTUK DINDA

Dinda,

Merpati putih melayang manja,
makan padi hari nak senja,
hati kanda teringat dinda,
siang malam nampak dimata.

Memang manja burung merpati,
jinak pula makan ditangan,
dinda selalu sentiasa dihati,
tak pernah luput dalam ingatan.

Sepi rasanya bila berkelana,
bersendirian mengembara keliling dunia,
jangan hati gundah gulana,
kanda ada disini menemani dinda.

Cantik sungguh dikaki gunung,
sejuk nyaman angin menderu,
jangan selalu duduk termenung,
nanti hati bertambah sayu.

Indah sungguh pohon kelapa,
daunnya melambai angin petang,
dilupa jangan pada kanda,
sentiasa mengenang dinda seorang.

Pantun ini sayang selamanya,
untuk dinda sampai bila-bila,
walau dimana dinda berada,
jangan dilupa akan kanda.

Ikhlas dari Kanda.

RINDUKU TETAP PADAMU

Lama benar kanda tidak menulis, nak kata sebok taklah sebok, cuma kesihatan kanda tak berapa ok. Rindu tetap rindu pada dinda. Kanda harap dinda memahami keadaan kanda. Selagi kanda ada peluang untuk menulis, kanda akan menulis pada dinda. Hanya melalui laman ini sahajalah kanda dapat bersama dinda.

Kanda sentiasa mendoakan dinda ceria, sihat, gumbira, tenang menghadapi hidup yang sememangnya indah. Masa yang terluang ini akan kanda curahkan rasa sayang yang amat sayang untuk dinda. Dinbda jangan khuatir, kasihsayang kanda hanya untuk dinda seorang.

Tahun 2010 ini, inilah coretan sayang dari kanda untuk dinda. Insya-Allah, kanda akan menulis untuk dinda. Kanda mahu dinda sentiasa aman dan damai. Jangan susah hati sayang. Jangan fikirkan kesedihan. Kan dunia alamaya ini kita cipta untuk menjadikan kita bahagia. Hidup penuh kasihsayang.

Dinda teruskan tugas harian dengan penuh semangat dan dedikasi. Bacalah laman ini untuk menghayati hidup dialamaya. Jangan difikir hidup alamnyata, walaupun mungkin kita tidak akan bersama. Bagi kanda, kanda tahu dinda sentiasa bersama kanda dialamaya.

Teruskanlah bersama kanda....

Salam sayang teraamat sayang dari kanda.