03 April 2010

TERLANJUR CINTA

WARKAH SAYANG UNTUKMU DINDA Dinda, Lama benar kanda tidak menulis untuk dinda. Maaf ya sayang, bukan disengajakan. Sebenarnya kanda ingin menguji hati kanda, berapa lamakah kanda dapat bertahan untuk tidak bermanja-mana dengan dinda. Rupa-rupanya kanda tidak boleh menafikan bahawa kanda terlalu rindu pada dinda. Lagu TERLANJUR CINTA, berulangkali kanda dengar, makin kanda dengar lagu yang penuh puitis itu, kerinduan kanda semakin membuak-buak, tak tahan kanda membendung rasa rindu pada dinda. Bersama-sama ini kanda paparkan Videoclip TERLANJUR CINTA untuk sama-sama dinda hayati. Liriknya yang puitis menjadikan kanda tersangat sayang pada dinda. Foto yang kanda pilih memberi makna yang amat mendalam kepada kita. Dinda sayang, Dengarkanlah lagu ini sambil menatap keindahan flora dan fauna yang menyamankan. Sesungguhnya kanda sayang selamanya kepada dinda. Dari kanda.

19 Januari 2010

PUISI YANG TIDAK PERNAH HABIS

Entah berapa kali agaknya kunyatakan kasihku padamu
Tidak dapat kukira dengan angka berapa
ribu kali kunyatakan
Kerana yang kutahu aku mengasihimu
Kerana yang boleh kukatakan bahawa aku sentiasa rindu
Yang aku tahu hanya kau disisiku
Yang aku tahu juga kau menyayangiku

Sebenarnya sayang, aku tak perlu risau kesetiaanmu padaku
Dan kau juga tak perlu risau akan kesetiaanku padamu
Malah dialamaya ini, aku hanya ada kau disampingku
Dan kau hanya ada aku disampingmu

Aku kadang-kadang mahu sahaja
membawa kau dalam hidup alamnyataku
Tapi sebagaimana janji kita
Biarlah kita terus bersama dialamaya ini
Alam yang menjanjikan keindahan
Alam yang mempastikan kemanjaan antara kita
Alam penuh yakin untuk kita terus berkasihsayang

Seperti janjiku kepadamu
Akan kutulis warkah cintaku sentiasa untukmu
Akan kukarang puisi cintaku untukmu sayang
Akan kupastikan bahawa kebahagian kita kekal disini
Layara Impian Tautan Kasih.

PANTUN UNTUK DINDA

Dinda,

Merpati putih melayang manja,
makan padi hari nak senja,
hati kanda teringat dinda,
siang malam nampak dimata.

Memang manja burung merpati,
jinak pula makan ditangan,
dinda selalu sentiasa dihati,
tak pernah luput dalam ingatan.

Sepi rasanya bila berkelana,
bersendirian mengembara keliling dunia,
jangan hati gundah gulana,
kanda ada disini menemani dinda.

Cantik sungguh dikaki gunung,
sejuk nyaman angin menderu,
jangan selalu duduk termenung,
nanti hati bertambah sayu.

Indah sungguh pohon kelapa,
daunnya melambai angin petang,
dilupa jangan pada kanda,
sentiasa mengenang dinda seorang.

Pantun ini sayang selamanya,
untuk dinda sampai bila-bila,
walau dimana dinda berada,
jangan dilupa akan kanda.

Ikhlas dari Kanda.

RINDUKU TETAP PADAMU

Lama benar kanda tidak menulis, nak kata sebok taklah sebok, cuma kesihatan kanda tak berapa ok. Rindu tetap rindu pada dinda. Kanda harap dinda memahami keadaan kanda. Selagi kanda ada peluang untuk menulis, kanda akan menulis pada dinda. Hanya melalui laman ini sahajalah kanda dapat bersama dinda.

Kanda sentiasa mendoakan dinda ceria, sihat, gumbira, tenang menghadapi hidup yang sememangnya indah. Masa yang terluang ini akan kanda curahkan rasa sayang yang amat sayang untuk dinda. Dinbda jangan khuatir, kasihsayang kanda hanya untuk dinda seorang.

Tahun 2010 ini, inilah coretan sayang dari kanda untuk dinda. Insya-Allah, kanda akan menulis untuk dinda. Kanda mahu dinda sentiasa aman dan damai. Jangan susah hati sayang. Jangan fikirkan kesedihan. Kan dunia alamaya ini kita cipta untuk menjadikan kita bahagia. Hidup penuh kasihsayang.

Dinda teruskan tugas harian dengan penuh semangat dan dedikasi. Bacalah laman ini untuk menghayati hidup dialamaya. Jangan difikir hidup alamnyata, walaupun mungkin kita tidak akan bersama. Bagi kanda, kanda tahu dinda sentiasa bersama kanda dialamaya.

Teruskanlah bersama kanda....

Salam sayang teraamat sayang dari kanda.

29 Disember 2009

PUISI RINDU UNTUKMU SAYANG

PUISI YANG KUKIRIMKAN

tidak tertahan rasanya rasa rindu ini
yang dapat kanda lakukan
hanyalah melihat mentari semakin merah diufuk barat
unggas terbang pulang kesarang

yang kanda tahu
kanda terus menanti dinda di sukmarindu
kamar sakti kita melepas rindu dendam
kanda lihat dinda menanti kanda dihujung kamar
dengan senyum amat manis
melerek manja
lalu kanda mendakap erat tubuh dinda
tapi kanda tersedar ianya bayang-bayang
tiba-tiba hilang bersama tiupan bayu pentang
dengan langit semakin rembang merahnya

kenapakah dinda lewat pulang
menjadikan kanda ternanti-nanti
saban hari saban waktu
lalu, hati kanda terus sayu

dinda-dinda
seperti kata dinda
rasa rindu adalah keindahan bukan penyiksaan
semakin lama semakin sayang
hanya kanda dapat nyatakan, jangan tinggalkan kanda

PUTERA NELAYAN

23 Disember 2009

WARKAH KASIH BUATMU ADINDA PUTERI

Adinda Puteri,
Salam sayang teramat sayang

Sayangku,

Agak lama juga kanda tidak menulis warkah kasih ini buat dinda. Tidak bermaksud bahawa kanda lupakan dinda. Dinda tetap dihati kanda, percayalah sayang, semakin lama, kanda semakin sayang pada dinda. Rindu kanda semakin membara, sayang kanda semakin hangat, kasih kanda tidak akan padam. Walaupun kering tujuh lautan disiram keatas kehangatan rindu kanda pada dinda, ianya tidak akan sejuk. Malah, kanda semakin rindu padamu dinda.

Tidak semudah itu kanda melupakan senyum manja dinda. Tidak hilang rasa sayang kanda begitu saja, hati kanda sudah menyatakan, bahawa sayang kanda pada dinda sudah terpaku didalam hati kanda. Yang kanda tahu, hanya dinda dihati kanda.

Dinda-dinda,

Kenangan manis kita masih tidak mudah luput bersama ombak yang memadamkan kalimah sayang kanda pada dinda diatas putihnya pasir dipantai. Walau ombak berjaya memadamkan kata-kata kasih sayang kita yang kita ukir diatas pasir, sebenarnya ia sudah terukir kekal dihati kita berdua.

Ingatkah dinda apabila kita mula menyusuri pantai, ombak seperti mengiringi kita dengan deruannya paling manja. Angin seperti merestui kita dengan hembusan paling damai kita rasakan. Kita berpegang tangan, dinda sentiasa senyum seperti tidak mahu melepaskan keindahan yang kita nikmati bersama.

Lihat dinda dilangit barat, sang matahari malu-malu mahu berehat. Cahaya kemerah-merahan teramat cantik untuk dilukiskan. Sesekali unggas melayang mencari tempat persinggahannya. Mereka menyanyi riang meraikan kita, alangkah indahnya dinda.

Sang matahari sudah tidur. Cahaya alam semakin kelam. Dan kita pun beredar pulang keteratak kita. Lalu kita menikmati malam. Malam semakin dingin.

Tidurlah wahai Permaisuriku Adinda Puteri yang dikasihi.

Kita jumpa lagi dilain warkah kasih.

Sayang teramat sayang.....

KEKASIHMU – PUTERA NELAYAN.