23 Disember 2009

WARKAH KASIH BUATMU ADINDA PUTERI

Adinda Puteri,
Salam sayang teramat sayang

Sayangku,

Agak lama juga kanda tidak menulis warkah kasih ini buat dinda. Tidak bermaksud bahawa kanda lupakan dinda. Dinda tetap dihati kanda, percayalah sayang, semakin lama, kanda semakin sayang pada dinda. Rindu kanda semakin membara, sayang kanda semakin hangat, kasih kanda tidak akan padam. Walaupun kering tujuh lautan disiram keatas kehangatan rindu kanda pada dinda, ianya tidak akan sejuk. Malah, kanda semakin rindu padamu dinda.

Tidak semudah itu kanda melupakan senyum manja dinda. Tidak hilang rasa sayang kanda begitu saja, hati kanda sudah menyatakan, bahawa sayang kanda pada dinda sudah terpaku didalam hati kanda. Yang kanda tahu, hanya dinda dihati kanda.

Dinda-dinda,

Kenangan manis kita masih tidak mudah luput bersama ombak yang memadamkan kalimah sayang kanda pada dinda diatas putihnya pasir dipantai. Walau ombak berjaya memadamkan kata-kata kasih sayang kita yang kita ukir diatas pasir, sebenarnya ia sudah terukir kekal dihati kita berdua.

Ingatkah dinda apabila kita mula menyusuri pantai, ombak seperti mengiringi kita dengan deruannya paling manja. Angin seperti merestui kita dengan hembusan paling damai kita rasakan. Kita berpegang tangan, dinda sentiasa senyum seperti tidak mahu melepaskan keindahan yang kita nikmati bersama.

Lihat dinda dilangit barat, sang matahari malu-malu mahu berehat. Cahaya kemerah-merahan teramat cantik untuk dilukiskan. Sesekali unggas melayang mencari tempat persinggahannya. Mereka menyanyi riang meraikan kita, alangkah indahnya dinda.

Sang matahari sudah tidur. Cahaya alam semakin kelam. Dan kita pun beredar pulang keteratak kita. Lalu kita menikmati malam. Malam semakin dingin.

Tidurlah wahai Permaisuriku Adinda Puteri yang dikasihi.

Kita jumpa lagi dilain warkah kasih.

Sayang teramat sayang.....

KEKASIHMU – PUTERA NELAYAN.

3 ulasan:

  1. SALAM..
    wah...hebat ya bahasa cinta..

    tahniah..kerana ada cinta yang mendalam kepada yang di sayang. semoga diberkati Allah hajat tuan.

    BalasPadam
  2. terkadang tatkala rindu bertandang aku selalu masuk laman ini..aku juga tenggelam dalam rasa yang indah itu.
    alangkah bahagianya aku jika sang puteri itu adalah aku...hehehe. dan sayang putera itu adalah kamu sayangku. tapi itu tak mungkin kerana jalan kita amat berbeda...aku cuma boleh berilusi sendiri, kerana mungkin kamu tercipta bukan untuk aku di dunia...wahai Allah berikan aku suami yang menyintai aku, dan aku menyintainya seluruh jiwa ragaku..dan kami saling cinta menyintai..Oh alangkah indah, bahagianya di dunia dan bahagianya di akhirat sana..amin.

    BalasPadam
  3. The Best Pokies Near Me - Oklahoma Casinos
    The best place for fun is 먹튀신고 in Thunder Bay, located just north of downtown Thunder Bay, 블랙잭 just North of 룰렛 규칙 the city, along I-35. Visit 블랙잭 www.kayak.com/booking 세븐 포커 족보

    BalasPadam