Assalamualaikum Dinda,
kehadapan Dinda yang Kanda kasihi,
semoga Dinda ceria hari ini, Kanda doakan Dinda sehat sentiasa.
Alhamdulillah, berkat doarestu Dinda, Kanda disini sehat, dan paling utama Dinda jangan lupa pada Kanda.
Dinda kusayang,
Kanda bahagia dapat bertemu Dinda dialamaya ini. Dinda telah memberikan sesuatu yang tidak Kanda dapat diluar. Biarlah diluar sana orang nak cakap apapun, Kanda tetap akan bersama Dinda. Dinda memberi harapan untuk Kanda merasa senang, GUMBIRA, ceria, riang…apalagi perkataan yang setaraf dengannya yang dapat Kanda tuliskan.
Menjadi harapan Kanda yang Dinda akan terus bersama melayari hidup dialamaya ini. Layar Impian adalah lambang kasih kita. Kanda masih ingat pertemuan kita sewaktu di Pulau Impian? Tentu Dinda masih ingat kan, Dinda adalah Puteri Duyung dan Kanda adalah Putera Nelayan. Kemudian atas jasa baik Tok Guru Duyung, kita diberi keistimewaan hidup didarat dan dilaut, dilaut kita adalah pasangan Duyung dan didarat kita adalah pasangan kekasih yang harmoni.
Dinda yang dikasihi,
Walaupun melayari hidup dengan khayalan, tetapi kebahagian itu sebenarnya juga khayalan yang tidak ada tolok bandingnya. Kebahagian yang akan kita jaga dengan keikhlasan dan kemesraan sepanjang masa. Selagi usia masih ada dikandung badan.
Menjadi harapan Kanda yang Dinda tidak merasa curiga ketika kita melayari hidup dialamaya ini. Kesangsian kita letakan jauh diluar sana. Dunia yang penuh dengan kesangsian, dunia yang penuh kepura-puraan, dunia yang penuh rasa kedukaan, dunia yang terlalu sukar untuk mengecap hidup dengan kebahagiaan.
Dinda,
Kembali kealam nyata sebentar, Dinda sebenarnya telah memberikan suatu dimensi yang amat menarik untuk Kanda nikmati. Kanda merasakan bahawa kejujuran yang Dinda tampilkan untuk Kanda, menjadikan Kanda lebih yakin, bahawa SEMBANG ini bukanlah sesuatu yang aneh untuk dibuktikan bahawa ia menjanjikan keindahan didalam kehidupan. Walaupun barangkali terlalu sukar untuk dibuktikan dialam nyata. Tapi tidak mengapa Dinda, selagi kita terdaya melayan kehendak hati, sama-samalah kita tempohi.
Pada mulanya, Kanda menyangkakan bahawa dunia SEMBANG cumalah perbincangan membuang masa yang tidak berfaedah. Tapi seperti yang Kanda nyatakan tadi, Dinda memberikan satu pengertian yang amat menarik untuk sama-sama kita kecapi nikmatnya. Sebgaimana harapan kita, kita sama-sama gunakan bahasa yang indah untuk diperkatakan. Tulisan kita adalah dilog yang bernyawa. Tulisan kita adalah luahan manis, mesra, manja dan menjadikan kita sering rindu merindui. Seperti kata Dinda bahawa rasa rindu adalah rasa yang amat mengasyikkan.
Dindaku yang Kanda manjakan,
Warkah ini adalah warkah cinta, warkah ini adalah warkah kasihsayang Kanda untuk Dinda. Tatapi dan nikmatilah keindahan bahasanya (kalau boleh dikatakan indah) nikmatilah ayat-ayat yang kanda tuliskan (taipkan….bak kata Dinda), Kanda akan menulisnya selagi Dinda mahu membacanya, Kanda akan ciptakan ayat-ayat puisi untuk Dinda seorang.
Kanda akan terus menulis, kerana itulah nyawa Kanda, sentiasalah Dinda menjadi “The Loving Motivator” untuk Kanda. Seperti Kanda nyatakan, Kanda adalah seorang penulis. Kanda menulis puisi, cerpen, karangan,rencana atau apa saja. Kanda akan menulis, cuma sebelum ini Kanda tidak rancak menulis seperti Kanda muda-muda dulu. Kehadiran Dinda benar-benar merangsang Kanda untuk menulis. Tanpa sedar, Dinda menghargai tulisan Kanda, hanya ucapan terimakasih sahaja yang dapat Kanda sampaikan untuk Dinda tersayang.
Sayang,
Kita gunakan IT untuk menjadikan perhubungan kita bertambah rapat. Kanda akan gunakan BLOG dan EMAIL untuk terus menzahirkan rasa kasih Kanda untuk Dinda tersayang. Tentunya kita akan sentiasa berhubung melalui RUANG SEMBANG, dimana kita mula berkenalan.
Maaf kalau panjang tulisan Kanda, semoga Dinda tidak jemu untuk membacanya, semoga Dinda terhibur menatapinya. Jika ada halangan, kerana kesebukan tugas, mungkin Kanda tidak dapat menghiburkan Dinda dengan tulisan-tulisan Kanda, tapi percayalah sayang, untuk Dinda, kanda akan buat apasaja.
Dinda yang dikasihi,
Sekian untuk kali ini, hingga bertemu di Ruang Sembang dan Blog, kanda sudahi dengan pelukan paling erat untuk Dinda dan terimalah ciuman sayang dipipi Dinda yang harumnya menjadikan Kanda khayal.
Salam sayang teramat sayang,
Kandamu
Putera Nelayan.
01 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan