16 Disember 2009

PULAU REDANG - HATIKU TERPAUT


bertamu didadamu
kenangan teramat manis
terlalu sukar untukku lupakan

pantaimu yang cantik
menjadikan aku kagum anugerah Illahi
pada manusia seluruhnya

lautmu yang tenang
mengingatkan aku
tentang keindahan yang tidak mungkin
untuk kulupakan
untuk kubiarkan begitu sahaja

redang
mahu saja aku terus menjadi
penghunimu selamanya
tetapi siapalah aku
untuk mengisi setiap ruang bumimu

biarlah hanya sesekali
aku mengunjungimu redang
kerana itu lebih bermakna

tidak pernahku nikmati
ikan-ikan yang berenang kegembiraan
tidak seperti manusia
yang sering kacau bilau
dengan kemelut hidupnya

redang
akan kekalkah wajahmu
mentari subuh yang segar
senja yang ceria

manusia
biarkanlah redang dengan ketenangan
biarkanlah redang begitu seadanya
jangan diganggu dengan kekacaubilauanmu
kita datanglah kesana
menikmati keindahanmu redang
walaupun seribu tahun lagi
biarlah ia seperti hari ini

redang
aku sentiasa rindu padamu
tidak seperti rinduku pada puteri impianku

PUTERA NELAYAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan