29 Disember 2009

PUISI RINDU UNTUKMU SAYANG

PUISI YANG KUKIRIMKAN

tidak tertahan rasanya rasa rindu ini
yang dapat kanda lakukan
hanyalah melihat mentari semakin merah diufuk barat
unggas terbang pulang kesarang

yang kanda tahu
kanda terus menanti dinda di sukmarindu
kamar sakti kita melepas rindu dendam
kanda lihat dinda menanti kanda dihujung kamar
dengan senyum amat manis
melerek manja
lalu kanda mendakap erat tubuh dinda
tapi kanda tersedar ianya bayang-bayang
tiba-tiba hilang bersama tiupan bayu pentang
dengan langit semakin rembang merahnya

kenapakah dinda lewat pulang
menjadikan kanda ternanti-nanti
saban hari saban waktu
lalu, hati kanda terus sayu

dinda-dinda
seperti kata dinda
rasa rindu adalah keindahan bukan penyiksaan
semakin lama semakin sayang
hanya kanda dapat nyatakan, jangan tinggalkan kanda

PUTERA NELAYAN

23 Disember 2009

WARKAH KASIH BUATMU ADINDA PUTERI

Adinda Puteri,
Salam sayang teramat sayang

Sayangku,

Agak lama juga kanda tidak menulis warkah kasih ini buat dinda. Tidak bermaksud bahawa kanda lupakan dinda. Dinda tetap dihati kanda, percayalah sayang, semakin lama, kanda semakin sayang pada dinda. Rindu kanda semakin membara, sayang kanda semakin hangat, kasih kanda tidak akan padam. Walaupun kering tujuh lautan disiram keatas kehangatan rindu kanda pada dinda, ianya tidak akan sejuk. Malah, kanda semakin rindu padamu dinda.

Tidak semudah itu kanda melupakan senyum manja dinda. Tidak hilang rasa sayang kanda begitu saja, hati kanda sudah menyatakan, bahawa sayang kanda pada dinda sudah terpaku didalam hati kanda. Yang kanda tahu, hanya dinda dihati kanda.

Dinda-dinda,

Kenangan manis kita masih tidak mudah luput bersama ombak yang memadamkan kalimah sayang kanda pada dinda diatas putihnya pasir dipantai. Walau ombak berjaya memadamkan kata-kata kasih sayang kita yang kita ukir diatas pasir, sebenarnya ia sudah terukir kekal dihati kita berdua.

Ingatkah dinda apabila kita mula menyusuri pantai, ombak seperti mengiringi kita dengan deruannya paling manja. Angin seperti merestui kita dengan hembusan paling damai kita rasakan. Kita berpegang tangan, dinda sentiasa senyum seperti tidak mahu melepaskan keindahan yang kita nikmati bersama.

Lihat dinda dilangit barat, sang matahari malu-malu mahu berehat. Cahaya kemerah-merahan teramat cantik untuk dilukiskan. Sesekali unggas melayang mencari tempat persinggahannya. Mereka menyanyi riang meraikan kita, alangkah indahnya dinda.

Sang matahari sudah tidur. Cahaya alam semakin kelam. Dan kita pun beredar pulang keteratak kita. Lalu kita menikmati malam. Malam semakin dingin.

Tidurlah wahai Permaisuriku Adinda Puteri yang dikasihi.

Kita jumpa lagi dilain warkah kasih.

Sayang teramat sayang.....

KEKASIHMU – PUTERA NELAYAN.

RINDUKU TIDAK AKAN PADAM PADAMU DINDA

dinda,
aku terus merinduimu saban waktu
sehingga setiap detik
hanya dinda bermain dihati kanda

PUTERA NELAYAN

16 Disember 2009

SEPETANG DI PULAU REDANG

PULAU REDANG - HATIKU TERPAUT


bertamu didadamu
kenangan teramat manis
terlalu sukar untukku lupakan

pantaimu yang cantik
menjadikan aku kagum anugerah Illahi
pada manusia seluruhnya

lautmu yang tenang
mengingatkan aku
tentang keindahan yang tidak mungkin
untuk kulupakan
untuk kubiarkan begitu sahaja

redang
mahu saja aku terus menjadi
penghunimu selamanya
tetapi siapalah aku
untuk mengisi setiap ruang bumimu

biarlah hanya sesekali
aku mengunjungimu redang
kerana itu lebih bermakna

tidak pernahku nikmati
ikan-ikan yang berenang kegembiraan
tidak seperti manusia
yang sering kacau bilau
dengan kemelut hidupnya

redang
akan kekalkah wajahmu
mentari subuh yang segar
senja yang ceria

manusia
biarkanlah redang dengan ketenangan
biarkanlah redang begitu seadanya
jangan diganggu dengan kekacaubilauanmu
kita datanglah kesana
menikmati keindahanmu redang
walaupun seribu tahun lagi
biarlah ia seperti hari ini

redang
aku sentiasa rindu padamu
tidak seperti rinduku pada puteri impianku

PUTERA NELAYAN

RENUNGTAJAM MATAMU

Sayang, kutatapi renungtajam matamu
menusuk kedalam hatiku
menjadikan aku rindu
menjadikan aku sayangkanmu

Sayang, matamu menjadi sinar hatiku
bibirmu menguntum senyum amat
bermakna

Sayang, aku menyanyangimu.

PUTERA NELAYAN

ANTOLOGI PUISI WARKAHKASIH


PUISI-PUISI DAN WARKAHKASIH AKAN DITERBITKAN TIDAK LAMA LAGI. TERUSLAH BERSAMA LAMAN INI.

SUNRISE AT PULAU REDANG


Pulau Redang
indahmu terlalu sukar untuk kulupakan
rinduku meronta-ronta untuk bersamamu
seperti ingin kuterbang
mencarimu
ingin kupeluk keceriaanmu
dan tidak akan kulepaskan
walau sedetik bersamamu.

PUTERA NELAYAN

PUISI KASIH, PUISI SAYANG



MATAMU, BIBIRMU MEMBUATKAN KANDA RINDU

matamu merenung tajam kehatiku
membenam kedalam hati selamanya
menjadikan kanda seorang perindu
menjadikan kanda sipungguk diatas pohon yang amat tinggi
sehingga kanda tidak terdaya untuk terbang
menempuh awan
mencarimu diatas kayangan
kanda pasti dinda akan menanti kanda
tanpa jemu tanpa bosan

bibirmu menguntum senyum
yang menjadikan kanda terus mencarimu
kanda tahu bibirmu menguntum senyum rindu
kanda tahu bibirmu ingin mengungkapkan
kasih sayang, kemesraan yang kanda nantikan

kekasihku, puisi ini akan terus kutulis
kekasihku, puisi ini akan terus kukirim
bersama kedinginan hembusan bayu
yang menyegarkan kasih kita

rianglah sayang, cerialah sayang
tenanglah sayang, gembiralah sayang
akan rianglah hati kanda, kalau dinda riang
akan cerilah hati kanda kalau dinda ceria
akan tenanglah kanda, kalau dinda tenang
akan gembiralah kanda, kalau dinda gembira

sayangku selamanya untukmu dinda,
dan kanda tidak akan jemu menyayangi dinda.

PUTERA NELAYAN

10 Disember 2009

BIRUNYA TASIK MANINJAU


Sanggupkah dinda mengharung kebiruan tasik
walau ombaknya tidak sekuat lautan
dinginnya meresap kedalam jantung
menambah debar, menambah gelora
rasa cinta, rasa kasih
antara kita.

PUTERA NELAYAN

DAHLIA, WALAUPUN MUNGKIN TIDAK HARUM


Dahlia
merahmu menyerlah
bagai lambang keberanian hati
kanda persembahkan kepadamu dinda
jadilah seperti dahlia, garang merahnya
melawan dugaan hidup
yang akan menjadikan dinda terus gagah.

PUTERA NELAYAN.

09 Disember 2009

PUISI KUZAHIRKAN DALAM PEMANDANGAN

SENYUMMU SEMEKAR TERATAI DITASIK MADU


kanda sentiasa mengiringi doa restu supaya dinda sentiasa ceria
dinda mesti GUMBIRA bila bersama kanda hari ni
kanda senang kalau dinda riang...
lihat teratai yang kembang ditasik madu
kuntumnya menyerlah hebat
seperti senyum dinda
bait-bait puisi ini khas untuk dinda tatapi
tanpa dinda disisi kanda, akan kelamlah hidup kanda
hari ini kanda akan menulis puisi dalam pertemuan kita

dinda-dinda
merajuk pada yang sayang
mengadu pada yang kasih
tak tergamak rasanya kanda untuk marah-marah dinda,
dinda akan sentiasa kanda belai dengan kemesraan
akan kanda manjakan dinda semampu yang kanda boleh
jangan bersedih sayang
kan kanda ada ni

jangan dikenang hari semalam
yang perginya sudah pasti
usah dikenang kenangan silam
yang tentunya amat memilukan
lihat keahadapan
ada cahaya disebalik awan
laut pun terus berombak tenang
pasir terus setia menanti hempasan sayang

wahai dinda
angin laut terus menderu
mengusap lembut pipimu
mendakap erat tubuhmu
menghampar sayang perjalananmu

PUTERA NELAYAN

07 Disember 2009

KALAU KUTAHU

USAH KAU RAGUKAN CINTAKU

Untuk kesekian kalinya
kutuliskan puisi cinta ini untukmu sayangku
sering kunyatakan bahawa
aku tidak akan jemu menatap wajah ayumu
aku tidak akan puas menghirup senyummu
aku tidak akan tunduk menentang tajam renungan matamu

sesungguhnya, entah berapa kali kunyatakan
aku terlalu rindu padamu
suara manjamu tidak mudah untuk kulupakan
setiap saat berada dihatiku

sayangku, akan terus kutulis puisi cintaku
selagi kau masih inginkanku disampingmu
dan aku tidak akan jemu menyatakan kepadamu
usah diragui cintaku padamu
usah sangsi kepadamu selamanya

PUTERA NELAYAN

01 Disember 2009

DISINILAH HATI TERPAUT


mari dinda
kita bersama laut
mentari kian jauh
namun hati kanda
semakin dekat denganmu sayang

PUTERA NELAYAN

CEPATLAH SEMBUH SAYANG

kalau dinda yang sakit
biarlah kanda juga sakit
kanda lebih rela kalau kanda yang sakit
daripada dinda yang sakit

kalau dinda sedih
kanda akan turut sedih
kalau dinda sepi
kandalah temannya

riangkanlah hatimu sayangku
akan kanda hiburkan
dengan puisi yang kanda karang
khas untukmu

akan kanda mainkan lagu ciptaan kanda
sebagai tanda sayang terhadap dinda

wahai dinda
kanda iringi doarestu agar dinda cepat sembuh
akan kita teruskan kehidupan
dengan kebahagian
zaman berzaman

PUTERA NELAYAN

HANYA UNTUKMU

SEPUCUK WARKAH CINTA

Assalamualaikum Dinda,
kehadapan Dinda yang Kanda kasihi,
semoga Dinda ceria hari ini, Kanda doakan Dinda sehat sentiasa.
Alhamdulillah, berkat doarestu Dinda, Kanda disini sehat, dan paling utama Dinda jangan lupa pada Kanda.

Dinda kusayang,

Kanda bahagia dapat bertemu Dinda dialamaya ini. Dinda telah memberikan sesuatu yang tidak Kanda dapat diluar. Biarlah diluar sana orang nak cakap apapun, Kanda tetap akan bersama Dinda. Dinda memberi harapan untuk Kanda merasa senang, GUMBIRA, ceria, riang…apalagi perkataan yang setaraf dengannya yang dapat Kanda tuliskan.

Menjadi harapan Kanda yang Dinda akan terus bersama melayari hidup dialamaya ini. Layar Impian adalah lambang kasih kita. Kanda masih ingat pertemuan kita sewaktu di Pulau Impian? Tentu Dinda masih ingat kan, Dinda adalah Puteri Duyung dan Kanda adalah Putera Nelayan. Kemudian atas jasa baik Tok Guru Duyung, kita diberi keistimewaan hidup didarat dan dilaut, dilaut kita adalah pasangan Duyung dan didarat kita adalah pasangan kekasih yang harmoni.

Dinda yang dikasihi,

Walaupun melayari hidup dengan khayalan, tetapi kebahagian itu sebenarnya juga khayalan yang tidak ada tolok bandingnya. Kebahagian yang akan kita jaga dengan keikhlasan dan kemesraan sepanjang masa. Selagi usia masih ada dikandung badan.

Menjadi harapan Kanda yang Dinda tidak merasa curiga ketika kita melayari hidup dialamaya ini. Kesangsian kita letakan jauh diluar sana. Dunia yang penuh dengan kesangsian, dunia yang penuh kepura-puraan, dunia yang penuh rasa kedukaan, dunia yang terlalu sukar untuk mengecap hidup dengan kebahagiaan.

Dinda,

Kembali kealam nyata sebentar, Dinda sebenarnya telah memberikan suatu dimensi yang amat menarik untuk Kanda nikmati. Kanda merasakan bahawa kejujuran yang Dinda tampilkan untuk Kanda, menjadikan Kanda lebih yakin, bahawa SEMBANG ini bukanlah sesuatu yang aneh untuk dibuktikan bahawa ia menjanjikan keindahan didalam kehidupan. Walaupun barangkali terlalu sukar untuk dibuktikan dialam nyata. Tapi tidak mengapa Dinda, selagi kita terdaya melayan kehendak hati, sama-samalah kita tempohi.

Pada mulanya, Kanda menyangkakan bahawa dunia SEMBANG cumalah perbincangan membuang masa yang tidak berfaedah. Tapi seperti yang Kanda nyatakan tadi, Dinda memberikan satu pengertian yang amat menarik untuk sama-sama kita kecapi nikmatnya. Sebgaimana harapan kita, kita sama-sama gunakan bahasa yang indah untuk diperkatakan. Tulisan kita adalah dilog yang bernyawa. Tulisan kita adalah luahan manis, mesra, manja dan menjadikan kita sering rindu merindui. Seperti kata Dinda bahawa rasa rindu adalah rasa yang amat mengasyikkan.

Dindaku yang Kanda manjakan,

Warkah ini adalah warkah cinta, warkah ini adalah warkah kasihsayang Kanda untuk Dinda. Tatapi dan nikmatilah keindahan bahasanya (kalau boleh dikatakan indah) nikmatilah ayat-ayat yang kanda tuliskan (taipkan….bak kata Dinda), Kanda akan menulisnya selagi Dinda mahu membacanya, Kanda akan ciptakan ayat-ayat puisi untuk Dinda seorang.

Kanda akan terus menulis, kerana itulah nyawa Kanda, sentiasalah Dinda menjadi “The Loving Motivator” untuk Kanda. Seperti Kanda nyatakan, Kanda adalah seorang penulis. Kanda menulis puisi, cerpen, karangan,rencana atau apa saja. Kanda akan menulis, cuma sebelum ini Kanda tidak rancak menulis seperti Kanda muda-muda dulu. Kehadiran Dinda benar-benar merangsang Kanda untuk menulis. Tanpa sedar, Dinda menghargai tulisan Kanda, hanya ucapan terimakasih sahaja yang dapat Kanda sampaikan untuk Dinda tersayang.

Sayang,

Kita gunakan IT untuk menjadikan perhubungan kita bertambah rapat. Kanda akan gunakan BLOG dan EMAIL untuk terus menzahirkan rasa kasih Kanda untuk Dinda tersayang. Tentunya kita akan sentiasa berhubung melalui RUANG SEMBANG, dimana kita mula berkenalan.

Maaf kalau panjang tulisan Kanda, semoga Dinda tidak jemu untuk membacanya, semoga Dinda terhibur menatapinya. Jika ada halangan, kerana kesebukan tugas, mungkin Kanda tidak dapat menghiburkan Dinda dengan tulisan-tulisan Kanda, tapi percayalah sayang, untuk Dinda, kanda akan buat apasaja.

Dinda yang dikasihi,

Sekian untuk kali ini, hingga bertemu di Ruang Sembang dan Blog, kanda sudahi dengan pelukan paling erat untuk Dinda dan terimalah ciuman sayang dipipi Dinda yang harumnya menjadikan Kanda khayal.

Salam sayang teramat sayang,
Kandamu

Putera Nelayan.

30 November 2009

LAYAR IMPIAN II


MANA SATU PILIHAN ADINDA PUTERI, LAYAR IMPIAN I ATAU LAYAR IMPIAN II

LAYAR IMPIAN I


Kita akan melayari Alamaya ini bersama wahai Adinda Puteri

KESEPIAN IKAN NI...


Wahai Ikan,
janganlah kau kesepian...
aku akan menjadi temanmu

PUTIH TANDA KASIH YANG BERSIH


TERIMALAH BUNGA KASIH DARI KANDA

HANYA UNTUKMU DINDA PUTERI


puisi kasih ini hanya untukmu dinda
merenung matamu ada sesuatu yang menjadikan kanda bertambah rindu
melihat bibirmu menjadikan kanda taktahan untuk mengucupnya
melihat pipimu menjadikan kanda tak sabar untuk menciumnya
melihat sekujur tubuhmu menjadikan kanda terlalu ingin mendakap erat…

atas rasa rindu
dari kanda,
PUTERA NELAYAN.

29 November 2009

PANTUN CINTA BUATMU ADINDA

Merpati putih terbang melayang
Melayang jauh mencari makan
Tanpa penat tanpa jemu
Benarkah kasih benarkah sayang
Kekal abadi sepanjang zaman
Bahagia menunggu dihujung waktu

Ayuh terbang teruskan kembara
Walau hari berganti malam
Malam hening teringat padamu
Kalau angin pandai berbicara
Kan kusampaikan pesan kusampaikan salam
Kanda rindu padamu adinda sepanjang waktu

PUTERA NELAYAN
@ dipuncak hati

TERIMALAH HIDANGAN UNTUK KANDA


WAHAI KANDA, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENIKAMTI HIDANGAN YANG ADINDA SEDIAKAN....KALAU TAK SEDAP.............Dari Adindamu - Puteri.

KUSAMPAIKAN ANGGERIK UNTUKMU


adinda, terimalah anggerik yang kanda tanam dengan rasa penuh kasihsayang, untukmu...

PUTERIKU

puteriku,
kulihat kau tersenyum manis
menjadikan embun pagi terlalu manis untukkuhirup
renung tajam matamu menusuk kejantungku
tawariangmu membuatkan aku senyum sendirian
bisikanmu membuatkan aku tak boleh tidur
merinduimu puteriku
kan kumanjakanmu
supaya kita terus bahagia

PUTERA NELAYAN
@dipuncakhati.

MENTARI MEREDUPKAN SINARNYA KERANA MENAHAN RENUNGANMU

Adinda kusayang,
..hari ini kanda tahu dinda tersenyum
kanda juga faham dinda ceria
kanda juga mengerti dinda hari ini riang
melihat mentari menyinari alam
merasakan deruan angin laut yang tidak henti-henti

lalu kanda pun datang menghampirimu
sambil kanda peluk pinggangmu
kanda bisikan...
"dinda puteri,
bahagiakah dinda hidup bersama kanda
senangkah hati dinda melayari kehidupan bersama kanda.."

dinda hanya tersenyum
senyuman teramat manis kanda rasakan
sehingga embun tidak lagi tawar
sehingga mentari meredupkan sinarnya
tidak tahan melawan renunganmu dinda...

kanda sayangkanmu dinda

PUTERA NELAYAN

PUISI KASIH BUAT KEKASIHKU

ANGIN YANG MENDERU, OMBAK PUN PANDAI BERBICARA


seperti angin yang menderu, Itulah cintaku
seperti ombak menghempas pantai, kan kupertahankanmu
kan ku tentang sesiapa yang mengganggumu

bila cahaya kian kelam
yang ada cumalah hati yang kesepian
menunggumu dibibir malam
seperti aku tahu kau pasti datang
walau penantian ini satu penyeksaan

malam kian gelap
perjalanan semakin jauh
kesangsian mesti dilontar jauh
keraguan mesti dicampak kedalam gaung dalam
yang tidak mungkin untuk kita menemuinya semula

kemesraan menjadi pasti
kebahagian tidak menjadi mimpi
kehidupan mesti diteruskan
dan aku bersamamu dalam siang
yang berpanjangan
walau aku tahu, malam juga pasti datang

atas rasa kasihku,
kutulis puisi ini untukmu.

PUTERA NELAYAN
@dipuncakhati.